Kelas Usahawan (Dropship)

27 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 April 2019 (Jumaat), Pihak PI Skio telah mengadakan kelas Bisnes Atas Talian. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membimbing para pelajar dan belia cara untuk memulakan bisnes atas talian dan mereka juga turut diajar cara-cara untuk mempromosikan barangan yang dijual, cara mendapatkan barangan dari pemborong dengan harga yang murah dan sebagainya. Kelas ini telah dianjurkan oleh Cik Christine Fiona Ak Dolin.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali